View Article |
Isu-isu pemakanan Halal: Kajian kes dalam hubungan komuniti saudara baru dan bukan Muslim di negeri Terengganu
Azarudin Awang1, Che Zuina Binti Ismail2, Wahairi Mahmud3.
Penyediaan dan pengambilan makanan halal merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Makanan yang halal seperti yang perlu dimanifestasikan dalam aspek pemakanan akan memberi corak terhadap tingkahlaku seseorang Muslim. Konsep pemakanan yang halal melibatkan penilaian terhadap satu skel pilihan yang dianggap luhur berdasarkan syariat agama. Saudara baru merupakan kelompok yang melakukan transformasi kehidupan termasuk dalam aspek pemakanan berasaskan nilai yang ada dalam agama Islam. Meskipun hubungan kekeluargaan telah terjalin sekian lama, perbezaan nilai agama mencetuskan salah faham dan konflik termasuk perihal yang berkait dengan isu pemakanan halal. Justeru, objektif kajian ini adalah bertujuan melihat pengalaman peserta kajian yang terdiri daripada komuniti saudara baru Cina di negeri Terengganu dalam konteks hubungan Muslim dan bukan Muslim ketika melaksanakan upacara makan bersama-sama. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan temu bual ke atas 20 orang komuniti Cina Muslim di negeri Terengganu. Hasil kajian menunjukkan bahawa isuisu yang berkait dengan pemakanan telah menjadi salah satu sensitiviti semasa saudara baru berkunjung ke rumah keluarga asal. Biarpun begitu, wujud dalam kalangan ahli keluarga bukan Muslim yang menghargai dan menerima perbezaan yang ada dalam agama orang lain dengan terbuka.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 473 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|