Sebahagian besar ulama dan pemikir telah mentafsir dan menghuraikan nama-nama Allah SWT. Pandangan yang dikemukakan hanya berkait hubungan nama-nama ini dengan kepatuhan terhadap makna tersebut serta tingkah laku insan. Hanya segelintir dalam kalangan mereka mengaitkan nama-nama Allah dengan kewujudan alam ini dan kesan nama-nama tersebut terhadap alam. Antara mereka yang menggunakan metode yang berbeza dalam aspek ini ialah Muhy al-Din ibn „Arabi yang mempopularkan istilah keesaan wujud. Kajian ini cuba mendedahkan usaha Ibn „Arabi menghubungkan nama-nama Allah dengan pemikiran keesaan wujud melalui kaedah pemanifestasian nama-nama tersebut.