View Article |
الروايات الإسرائيلية في تفسير المدرسة العقلية الحديثة:
Ibrahim Ilyas Adam1.
Makalah ini menganalisis metodologi yang diadaptasi oleh para pentafsir moden dan rasionalis dalam berhubung dengan riwayat al-Israiliyyat serta menilai kesan pendekatan mereka dalam tafsir. Kajian ini memberi tumpuan kepada beberapa tokoh terkemuka kelompok rasionalis tafsir Mesir abad-19 seperti Muhammad `Abduh, Rashid Rida dan Mahmud Mustafa Maraghi. Ia secara kritis meninjau hujah-hujah mereka dengan melihat kepada penolakan kelompok ini terhadap al-Israiliyyat dalam menafsirkan al-Quran tanpa menghiraukan kesahihan sumber tersebut. Dalam konteks pentafsiran, al-Israiliyyat merujuk kepada anekdot Yahudi dan cerita rakyat yang dipengaruhi oleh latar pengaruh Judeo-Kristian. Ia mewakili pandangan pentafsiran terhadap subjek tertentu dalam al-Quran yang diintegrasikan dari sumber Yahudi dan Kristian. Metodologi ini berkembang di era tabi’in dalam fasa formatif kedua tafsir. Dalam keadaan demikian, tafsir menjadi lebih atau kurang kompleks dan kefahaman terhadap al-Quran semakin sukar kerana metodologi keseluruhan pentafsiran sebahagian besarnya dipengaruhi oleh perdebatan intelektual dan falsafah serta sektarianisme dan perselisihan teologi. Ini pada asasnya meninggalkan kesan negatif terhadap tafsir tradisional dan pemikiran Islam. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan al-Israiliyyat untuk melengkapkan naratif-naratif utama Al-Quran kadangkala diperlukan dan dalam masa yang sama boleh mengelirukan dalam beberapa keadaan kerana apa yang dipetik dalam tafsir tradisional bukan sekadar sumber Bible tetapi juga sumber tambahan yang lain. Kesannya, para cendekiawan moden berusaha untuk memerangi cabaran intelektual ini dan menawarkan alternatif yang berdaya maju dengan mencadangkan kerangka metodologi tafsir yang baru dalam memahami al-Qur'an melalui penyesuaian pentafsiran dengan era moden dan menyelaraskan pengajarannya untuk semua bidang kehidupan. Ini membentuk asas kepada sekolah tafsir rasionalis. Makalah ini mengkaji metodologi tafsir moden dan pendekatan rasionalis mereka serta menilai sejauh mana ia berbeza dengan tradisi tafsir arus perdana. Makalah ini menyimpulkan bahawa rasionalis telah terlalu jauh dalam menolak al-Israiliyyat secara terang-terangan. Pendekatan ekstrem mereka berhubung dengan sumber al-Israiliyyat tidak mempunyai objektivititi dan penuh dengan percanggahan dan ketidakkonsistenan. Ini berpunca dari kecacatan metodologi mereka yang secara sengaja memaksa pandangan rasionalis mereka ke dalam pentafsiran al-Quran.
Affiliation:
- International Islamic University Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 284 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|