View Article |
Idea penafsiran semula Al-Qur’an menurut Nasr Hamid Abu Zayd: suatu pengamatan kritis
Azmil Zainal Abidin1.
Al-Qur‟an tersusun daripada lafaz bahasa Arab berserta kandungan makna yang dapat difahami melalui metode ilmiah yang muktabar. Namun keautoritian metode ini cuba digugat oleh idea penafsiran semula al-Qur‟an menurut Nasr Hamid Abu Zayd. Bertolak daripada kritikan terhadap konsep keqadiman kalam Allah menurut Asha`irah, beliau mendakwa bahawa makna lafaz al-Qur‟an sentiasa dalam proses membaharu. Artikel ini bertujuan menganalisis impak idea penafsiran semula al-Quran menurut beliau berdasarkan perspektif Pemikiran Islam. Metodologi yang digunakan adalah berdasarkan proses pengumpulan dan penganalisisan data secara deskriptif dan kritis terhadap karya tokoh berkaitan. Kajian mendapati bahawa Nasr cuba mempopularkan perspektif Muktazilah berhubung status kemakhlukan al-Qur‟an sebagai alternatif kepada perspektif Asha`irah yang lebih muktabar. Beliau cuba memerihalkan penstrukturan al-Quran sebagai proses komunikasi Tuhan dengan makhluk melalui medium „bahasa‟. Melalui pengkonsepsian semula aspek asbab al-nuzul berdasarkan falsafah materialisme sejarah, Nasr menghujahkan betapa al-Qur‟an dianggap sebagai produk budaya manusia yang dipengaruhi oleh realiti dan fenomena sosial yang sentiasa berkembang. Klimaksnya, Nasr menganjurkan penafsiran semula al-Qur‟an yang lebih relevan dengan perkembangan semasa tanpa terkongkong kepada metode tafsiran klasik. Implikasinya, kefahaman al-Qur‟an terdedah kepada imaginasi akal dan spekulasi falsafah yang bakal meruntuhkan makna-makna sah yang diisyarat dan ditunjukkan oleh lafaz suci al-Qur‟an tersebut.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 297 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|