View Article |
تنزيه الله تعالى عند الزّمخشريّ والنّسفيّ : دراسة مقارنة
Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman1, Mohd Khairul Naim Che Nordin2.
Asas perbahasan berkenaan tanzih (mensucikan) Allah adalah penegasan kesempurnaan-Nya yang esa serta penolakan terhadap perkara yang tidak layak bagi kesucian-Nya. Allah Ta’ala telah menafikan penyerupaan setiap sesuatu dengan diri-Nya seperti yang disebut dalam surah al-Syura ayat 11. Oleh itu tiada sesiapa atau sesuatu pun yang menyerupai atau menyamai-Nya. Sifat salbiyyah yang membawa makna menolak dan menafikan setiap kekurangan pada zat dan sifat Allah Ta’ala turut membawa maksud tanzih iaitu menyucikan-Nya. Ia menetapkan sifat sedia ada (qidam), kekal (baqa’), esa (wahdaniyyah), berbezanya Allah dengan yang baharu (mukhalafah li al-hawadith) yang mana kesemua sifat ini menafikan penjisiman Allah serta sifat bertempatnya Allah. Makalah ini membahaskan konsep tanzih Allah SWT menurut al-Zamakhsyari dan al-Nasafi. Kajian merumuskan tiada perselisihan di antara kedua-dua tokoh ini berkenaan konsep tanzih melainkan pada aspek asas binaan konsep tersebut. Al-Zamakhsyari sebagai contoh menyucikan sifat-sifat Allah Ta`ala berasaskan sifat qadim, di mana sekiranya terdapat penyerupaan sesuatu dengan Allah maka keqadiman tersebut juga akan berbilang-bilang dan ini menafikan prinsip ketauhidan Allah. Al-Nasafi seperti juga dengan pandangan al-Zamakhsari menyucikan Allah daripada penyerupaan dan persamaan dengan sesuatu yang baharu, namun beliau menetapkan wujudnya sifat-sifat qadim pada zat Allah. Bagi al-Nasafi, sifat-sifat yang qadim tidak membawa kepada berbilangnya keqadiman kerana sifat berbilang tersebut berdiri pada zat dan ia tidak memberi kesan pada zat Allah SWT yang esa.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 278 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|