View Article |
Falsafah sains Ibn Al-Haytham dengan rujukan khas kepada
Usep Muhamad Ishaq1, Wan Mohd Nor Wan Daud2.
Ibn al-Haytham (w. 1038/9 M) setakat ini lebih dikenali sebagai seorang sarjana dalam bidang sains alam dan matematik. Karya-karya dalam bidang lain seperti falsafah telah hilang dan tidak dapat diperoleh. Oleh itu, kajian terhadap pemikirannya dalam bidang falsafah amnya dilakukan melalui pernyataan-pernyataannya yang tertebar dalam karya-karya sains dan matematiknya ataupun melalui rujukan-rujukan sekunder dan tidak langsung. Amat sedikit kajian terhadap satu-satunya karya Ibn al-Haytham dalam bidang falsafah bertajuk Kitāb Thamarah al-Ḥikmah atau Maqālah ʿan Thamarah al-Ḥikmah sejauh ini, padahal karya Ibn al-Haytham ini mengandungi segi-segi falsafah yang amat penting untuk memahami pemikiran dan pandangan dalam falsafah secara am. Manuskrip daripada Kitāb Thamarah al-Ḥikmah berada di perpustakaan Köprülü Turki dengan nombor kumpulan manuskrip MS 1604 dan telah disunting oleh Abū Rīdah pada tahun 1991 untuk pertama kalinya. Makalah ini memperkenalkan karya Ibn al-Haytham ini dan membincangkan beberapa segi falsafah, utamanya segi falsafah sainsnya mencakup segi matlamat penyelidikan alam tabii, segi-segi ontologi dan epistemologi utamanya tentang saluran-saluran ilmu pengetahuan, dan kerangka-kerja (framework) yang digunakan Ibn al-Haytham dalam penyelidikan alam tabii. Hasil penyelidikan mendapati bahawa dalam segi konsep-konsep asasnya, falsafah sains Ibn al-Haytham sejalan dengan pandangan alam Islām.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 288 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|