View Article |
Kajian kritis hubungan agama dan pemikiran terorisme
Mohd Khairul Naim Che Nordin1.
Pemikiran terorisme merupakan suatu faham yang melihat pendekatan keganasan adalah diperlukan sebagai suatu kaedah untuk mencapai sesuatu tujuan. Abad ke-21 menyaksikan istilah ini mula mendapat perhatian serius oleh masyarakat dunia dengan berlakunya peningkatan kegiatan keganasan di negara-negara Barat dengan kemuncak kepada perlakuan tersebut adalah seperti yang terjadi di New York, Amerika Syarikat pada tahun 2001 dan London, Britain pada 2005 serta rangkaian serangan lain di lokasi berbeza sehingga kini. Tambahan pula, kewujudan pertubuhan terrorisme yang menggunakan nama agama serta menggunakan pendekatan keganasan bagi mencapai tujuan mereka seperti yang dilakukan oleh Islamic State of Iraq and al-Syam (ISIS), al-Qaeda, Abu Sayyaf dan lain-lain telah membuka dimensi perbincangan khusus hubungan agama dengan terorisme. Makalah ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif melalui kaedah dokumentasi dengan secara khususnya merujuk dapatan-dapatan kajian yang telah dilakukan seperti oleh United Nations Office of Counter-Terrorism (UNOCT) dan Chicago Project on Security and Terrorism berkenaan kegiatan teroris. Bagi proses
penganalisisan data, kajian menggunakan metode
kualitatif deskriptif melibatkan metode induktif bagi
menganalisis data dokumentasi dengan tumpuan
khusus terhadap penyelidikan korelasi. Kajian
menunjukkan kemunculan pemikiran terorisme dan
kegiatan keganasan yang dilakukan bukanlah
disebabkan oleh faktor agama tetapi atas faktor lain
seperti kepentingan atau kelemahan peribadi, faktor
politik yang lahir dari semangat nasionalisme dan
aspek ekonomi. Agama hanya dijadikan sebagai
justifikasi untuk mewenangkan pemikiran dan
seterusnya tindakan tersebut. Kajian merumuskan
bahawa perlu diletakkan suatu dikotomi jelas antara
agama dengan terorisme. Perbuatan keganasan
seseorang atas nama agama tidak mencerminkan dan
mewakili penganut tersebut apatah lagi ajaran agama
yang dianuti mereka. Makalah ini turut mencadangkan
satu kajian khusus perlu dilakukan berkaitan
perkembangan pemikiran terorisme di Malaysia serta
implikasinya terhadap masyarakat masa kini.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 246 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|