View Article |
Peranan spiritual dalam rawatan paliatif
Hasimah Chik1, Che Zarrina Sa'ari2, Loh, Ee Chin3.
Spiritualiti merupakan satu elemen di dalam penjagaan paliatif di samping elemen fizikal, mental dan sosial. Setiap elemen dalam penjagaan paliatif mempunyai peranan dan kepentingan yang diperlukan dalam meningkatkan kualiti penjagaan. Spiritualiti boleh memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang. Tujuan penulisan yang memanfaatkan kaedah analisis kandungan melalui kajian kepustakaan ini adalah untuk membincangkan dengan lebih mendalam tema-tema spiritual dan kepentingannya dalam penjagaan paliatif. Kajian ini mendapati usaha untuk mencapai impak maksima dalam rawatan memerlukan kerjasama pesakit, ahli keluarga, rakan dan juga pengamal perubatan. Spiritualiti diyakini boleh memberi sumbangan yang besar kepada peningkatan kualiti hidup, kerana kekurangan dalam aspek spiritual boleh mendatangkan pelbagai masalah dan kesusahan. Elemen psikoterapi merupakan alternatif untuk membantu dalam penekanan aspek spiritualiti terhadap pesakit.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 298 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|