View Article |
Keautoritarian Manhaj Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamā`ah: induk dan benteng akidah ummah
Azmil Zainal Abidin1.
Ahl al-Sunnah wa al-Jamā`ah adalah aliran arus perdana umat Islam kontemporari. Ia beridentitikan pegangan yang kental terhadap konsep kesabitan sifat Allah atau Ṣifātiyyah sebagaimana ia merangkumi kelompok ulama dalam segenap disiplin ilmu Islam yang muktabar. Artikel ini bertujuan menjelaskan aspek keautoritian manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamā`ah, khususnya dalam bidang akidah. Kajian mendapati bahawa manhaj ini bukan sahaja bercirikan keilmiahannya dalam berinteraksi dengan nas agama tetapi juga bercirikan kejelasan piawaiannya berhubung tahap intipati ajaran Islam yang muktabar. Keistimewaan manhaj ini juga terserlah dari aspek kesederhanaannya dalam mengimbangi keunggulan wahyu dengan potensi akal dalam mengkhidmati kebenaran yang bersumberkan wahyu tersebut. Kematangan wacana manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jamā`ah ini melayakkannya menjadi induk atau paksi kesatuan ummah dan benteng atau perisai kemurnian akidah mereka.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 305 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|