View Article |
Kefahaman terhadap Al-Asma’ Al-Husna dan kaitannya dengan ciri Al-Ikhlas menurut Al-Ghazali dalam kitab Al-Maqsad Al-Asna
Mohd Hasrul Shuhari1, Mohd Fauzi Hamat2.
Kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna merupakan perkara penting dalam Islam kerana ia telah diperintahkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadisnya. Setiap yang diarahkan oleh baginda s.a.w sudah pasti ada keistimewaannya dan kelebihannya kepada seseorang individu itu khususnya dalam kalangan umat Islam. Antara keistimewaan tersebut ialah dorongan menyemai ciri al-ikhlas (keikhlasan) dalam diri seseorang individu Muslim. Makalah ini bertujuan menjelaskan kaedah memahami al-Asma’ al-Husna menurut al-GhazÉlÊ (m. 505H). Hubung kait di antara kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna dan ciri al-ikhlas yang boleh dibentuk dan disemai dalam diri seseorang individu Muslim juga akan diperjelaskan. Makalah ini menggunakan metodologi analisis kandungan (content analysis) yang difokuskan kepada kitab tulisan al-GhazÉlÊ iaitu al-Maqsad al-Asna fi Sharh Asma’ Allah al-Husna. Makalah ini merumuskan bahawa kaedah kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna yang betul akan membantu dan mendorong seseorang individu Muslim untuk memiliki ciri al-ikhlas kerana terdapat hubung kait yang signifikan di antara kefahaman terhadap al-Asma’ al-Husna dan ciri al-ikhlas tersebut.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 360 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|