View Article |
Beberapa persoalan berkaitan konsep insan menurut Fakhr Al-Dôn Al-Rózô
Che Zarrina Sa’ari1, Mohd Manawi Mohd Akib2.
Persoalan berkenaan konsep insan atau psikologi merupakan salah satu isu yang menjadi perbahasan dalam kalangan ahli falsafah terdahulu seperti Plato dan Aristotle. Malah, ia juga turut dibahaskan oleh para ahli falsafah Muslim seperti Ibn SÊnÉ, al-GhazÉlÊ, al-RÉzÊ dan lain-lain yang bertepatan dengan worldview Islam. Mutakhir ini, perbahasan konsep insan menurut Barat yang hanya melihat insan dari aspek material semata-mata tanpa dikaitkan dengan agama lebih didedahkan kepada masyarakat. Konsep yang dibawa oleh Barat ini lebih menjurus kepada pengenalan berkaitan hakikat dan tabiat insan dari sudut fizikal tanpa melihat dari sudut spiritual. Artikel ini akan mengetengahkan penelitian awal beberapa persoalan berkaitan konsep insan menurut seorang sarjana Muslim yang juga dijolokkan sebagai ulama ensiklopedik iaitu Fakhr al-DÊn al-RÉzÊ menerusi karyanya KitÉb al-Nafs wa al-RËÍ wa SharÍ QuwÉhumÉ. Antara persoalan yang disentuh ialah mengenai definisi dan hakikat jiwa menurut al-RÉzÊ di mana beliau menjelaskan bahawa jiwa adalah suatu jawhar yang tersendiri dan ia berbeza dengan jasad. Selain itu, karya-karya beliau yang lain turut dirujuk bagi melihat kesinambungan pandangan beliau berkaitan isu tersebut.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 367 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|