View Article |
Pemikiran pembaharuan Muḥammad `Abd Allāh Dirāz terhadap universiti Al-Azhar
Muhammad Hanif Ali1, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff2, Asyraf Isyraqi Jamil3.
Artikel ini merupakan penelitian terhadap usaha yang telah dilakukan ke arah pembaharuan kegemilangan Universiti al-Azhar; sebuah institusi pendidikan Islam yang telah menjangkau usia seribu tahun. Bagi membincangkan hal tersebut, artikel ini berusaha mengetengahkan pemikiran pembaharuan yang telah dicetuskan oleh salah seorang cendekiawan al-Azhar iaitu Muḥammad `Abd Allāh Dirāz (1894-1958M.). Jika diteliti beberapa sumber berkaitan sejarah pembaharuan al-Azhar, seakan-akan Dirāz tidak mempunyai sebarang peranan dalam proses pembaharuan tersebut. Namun sebenarnya penelitian terhadap beberapa penulisan Dirāz menemukan kepada beberapa idea pembaharuan yang layak untuk dizahir dan diperkembangkan. Justeru, perbincangan mengenai hal tersebut dilakukan menerusi penelitian terhadap beberapa penulisan artikel serta surat-menyurat antara Dirāz dengan pihak pengurusan al-Azhar. Secara umumnya, hasil penelitian mendapati pemikiran pembaharuan Dirāz terhadap Universiti al-Azhar dapat diperjelaskan menerusi empat sudut iaitu asas pendidikan, kaedah pelaksanaan pendidikan, kaedah penilaian dan pemantauan serta pengantarabangsaan.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 305 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|