View Article |
دلالة الإيمان بين العقيدة والعمل : دراسة تØليلية مقارنة
Abdulnaser Sultan Mohsen1, Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman2, Mohd Khairul Naim Che Nordin3.
Para ulama dan firaq Islam berbeza pandangan berkenaan makna iman sejak abad pertama hijrah. Terdapat dua kumpulan dalam kalangan ulama Islam yang mendefinisikan maksud iman iaitu kumpulan pertama merujuk iman secara eksklusif kepada aspek keyakinan dan mendefinisikannya sebagai penerimaan keyakinan sepenuh hati. Kumpulan kedua memahami iman secara inklusif dan mendefinisikannya sebagai suatu yang berhubung dengan keyakinan dan perbuatan. Perbezaan ini berterusan serta menjadi asas kepada mazhab teologi moden. Pemikiran sekular melihat iman sebagai keyakinan semata tanpa perbuatan. Oleh itu, mereka menolak aspek peribadatan dan hukum shariah. Berlawanan dengan golongan ini ialah kelompok ekstrimis yang mendakwa perbuatan merupakan sebahagian iman, menolak iman mereka yang berbeza dengan kefahaman iman mereka serta membenarkan mereka dibunuh atas alasan menyelewengkan agama. Justeru, kajian ini penting bagi membincangkan definisi iman dan ciri-cirinya melalui penyelidikan terhadap ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menjadi asas perbezaan ilmuwan Islam berkenaan konsep iman. Oleh itu kajian ini menggunakan analisis linguistik dan tekstual. Dua pendekatan analisis ini telah melahirkan dua kelompok pemikiran dalam memahami maksud iman. Kelompok pertama berpegang dengan kefahaman iman al-`aqdi iaitu menetapkan iman pada keyakinan. Antara ilmuwan yang berpegang dengan pendirian ini ialah Imam Abu Hanifah, Asha`irah dan sebahagian ilmuwan yang lain. Manakala kelompok kedua yang terdiri dari Shafi‟iyyah dan Salafiyyah menetapkan aspek iman al-shar`i iaitu perbuatan atau amalan termasuk dalam iman. Kajian merumuskan berpezaan antara dua kelompok pemikiran dalam mendefiniskan iman berlaku disebabkan aspek linguistik.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 283 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|