View Article |
نماذج من مجددي الأزىر في العصر الحديث: الإمام محمد الغزالي والإمام محمد أبو زىرة
Saged, Ali Ali Gobaili1, Hasan, Abdulmajid Obaid2.
Universiti al-Azhar merupakan institusi yang melahirkan sosok pembaharu dan pemikir yang berperanan mengembangkan ilmu dan pemikiran dari kepelbagaian budaya dan tradisi. Institusi ini dikembangkan oleh sekumpulan ulama pemikir dan ilmuwan yang mengharmonikan disiplin ilmu klasik dan moden sesuai dengan zaman dan dalam masa yang sama teguh mempertahankan prinsip ajaran Islam. Ramai tokoh-tokoh yang lahir dalam perkembangannya dan khususnya pada abad moden ini, antaranya ialah Muhammad al-Ghazali dan Muhammad Abu Zahrah. Mereka boleh disebut sebagai perintis pembaharuan institusi ini. Kemunculan kedua-dua ulama ini adalah ketika berlakunya kecelaruan akidah, pencerobohan manhaj, pencemaran politik sekular dan kekontangan intelek dalam kalangan umat Islam. Mereka berperanan menyelesaikan permasalahan tersebut dan menghadapi arus pemikiran yang menyesatkan. Muhammad Abu Zahrah diiktiraf sebagai pembaharu separuh pertama abad ini yang ditandai dengan sumbangan pemikiran serta kedalaman inteleknya dalam menangani isu-isu pemikiran moden. Manakala Muhammad al-Ghazali dikenali sebagai „perpustakaan bergerak‟. Bagi beliau, pembangunan keilmuan Islam dapat menghalang pencerobohan pemikiran Yahudi dan sekular. Antara sumbangan beliau ialah mengharmonikan pemikiran Islam dengan pendekatan moden dan ilmiah. Dengan lebih dua ratus karya yang diterbitkan adalah sukar untuk menafikan ketokohan mereka sebagai pembaharu pemikiran Islam semasa.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 290 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|