View Article |
Kosmologi Melayu-Islam: suatu pengamatan sejarah sosiopolitik Melayu
Ahamad Jama’ Amin Yang1.
Polemik tentang sejarah kosmologi sosiopolitik Melayu tidak pernah terhenti,
malahan sentiasa menimbulkan ruang perdebatan baharu dalam kalangan sarjana
sama ada dari aspek konsep, idea dan cabarannya. Perdebatan sering mengaitkan
peranan agama Islam sebagai nilai asas untuk membentuk ciri inklusif kosmologi
sosiopolitik Melayu. Sehubungan dengan itu, makalah ini membincangkan kerangka
pembinaan, interaksi dan tahap pengukuhan Islam dalam kosmologi sosiopolitik
Melayu berdasarkan analisis sejarah. Turut dibahaskan juga pandangan yang
bertentangan dalam kalangan sarjana orientalis yang mengkaji kosmologi Melayu
berdasarkan kerangka pemikiran kolonial. Kemunculan pemikiran selain Islam
seperti ideologi sekular dan sosialis dalam weltanschauung kosmologi MelayuIslam
turut memberikan kesan kepada masyarakat Melayu. Sistem sosial dalam
kosmologi Melayu mula terhakis dan kesannya melahirkan bangsa Melayu yang
berbeza prinsip dan fahaman berbanding dengan bangsa Melayu terdahulu yang
mementingkan nilai persaudaraan Islamiah.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 151 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|