View Article |
Elemen dualisme dalam peribahasa: pendekatan semantik inkuisitif
Julaina Nopiah1, Nor Hashimah Jalaluddin2, Junaini Kasdan3.
Makalah ini bertujuan mengenal pasti elemen dualisme yang ditonjolkan melalui objek dan imej berpasangan dalam peribahasa Melayu. Berdasarkan data, terdapat 31 peribahasa daripada 4359 peribahasa yang mengandungi elemen dualisme. Makalah akan menganalisis kombinasi “padi-lalang”, “cempedak-nangka” dan “asam-garam” yang terkandung dalam peribahasa tersebut yang diambil daripada pangkalan data www.malaycivilization.com UKM. Pendekatan semantik inkuisitif dan Rangka Rujuk Silang diaplikasikan dalam penganalisisan data. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna peribahasa Melayu yang akhirnya mencerminkan akal budi penuturnya. Hasil kajian mendapati gabungan “padi-lalang” dan “cempedak-nangka” menunjukkan dualisme yang berbentuk pertentangan, manakala gabungan “asam-garam” sebagai unsur pelengkap. Pelbagai ilmu dan falsafah yang tersirat dalam peribahasa Melayu berjaya dicungkil menerusi pendekatan semantik inkuisitif.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 143 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|