View Article |
Perbandingan antara perancah tulang nanobiokomposit alginat/ kulit kerang dan alginat/kalsium karbonat terhadap pertumbuhan osteoblas
Hemabarathy Bharatham1, Zariyantey Abdul Hamid2, Muhammad Fikri Musa3, Nurnadiah Ahmad4, Enoch Kumar Perimal5.
Kalsium karbonat (CaCO3
) memainkan peranan yang penting dalam merangsang pertumbuhan osteoblas. Kajian ini
dijalankan untuk membandingkan prestasi perancah nanobiokomposit alginat/kulit kerang (nCP) yang mengandungi
CaCO3
dari sumber semula jadi dan perancah alginat/kalsium karbonat (CC) yang mengandungi CaCO3
sintetik terhadap
pertumbuhan osteoblas melalui kajian in vitro dan pemerhatian awal kebioserasian in vivo. Perancah tulang berbentuk
tiga dimensi dibangunkan dengan menggunakan campuran 40% Alginat dan 60% serbuk kulit kerang bersaiz nano
(perancah nCP) atau serbuk CaCO3
sintetik (perancah CC). Kajian in vitro terhadap pembebasan kalsium dan aktiviti
enzim alkalin fosfatase (ALP) pada kedua-dua perancah yang telah dibenihkan dengan osteoblas ditentukan pada hari
ketiga, kelima dan ketujuh pengkulturan. Kajian in vivo dijalankan dengan implantasi subkutan perancah yang telah
dibenihkan dengan osteoblas pada bahagian dorsum lapan ekor mencit selama 21 hari. Setelah 21 hari, perancah
dikeluarkan dari mencit untuk pemerhatian histologi menggunakan pewarnaan H&E and von Kossa. Hasil kajian in vitro
menunjukkan peningkatan secara signifikan (p < 0.05) perembesan kalsium dan aktiviti enzim ALP pada perancah nCP
pada hari ketujuh berbanding perancah CC pada hari ketiga dan kelima. Pemerhatian histologi terhadap kedua-dua
perancah menunjukkan infiltrasi dan proliferasi osteoblas serta pembentukan tisu tulang peringkat awal. Pembentukan
saluran darah juga dapat dikenal pasti pada perancah nCP. Kedua-dua perancah menunjukkan potensi untuk menyokong
dan membantu pertumbuhan osteoblas namun perancah nCP didapati menunjukkan potensi yang lebih baik secara
keseluruhan. Kesimpulannya, CaCO3
dari sumber semula jadi iaitu kulit kerang dan bersaiz nano berpotensi untuk
dijadikan sebagai biobahan di dalam aplikasi kejuruteraan tisu tulang.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|