View Article |
Kandungan makronutrien rumpai laut merah kappaphycus alvarezii dan kappaphycus striatum
Farah Diyana Ariffin1, Chan, Kok Meng2, Aminah Abdullah3, Shahrul Hisham Zainal Ariffin4.
Rumpai laut mempunyai pelbagai kandungan nutrien yang berpotensi untuk menjadi sumber makanan yang berkhasiat,
namun hanya sedikit kajian yang dilakukan terhadap rumpai laut merah di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dilakukan
untuk menentukan kandungan makronutrien, profil asid amino dan komponen asid lemak Kappaphycus alvarezii dan
Kappaphycus striatum. Hasil kajian mendapati julat kandungan lembapan, lemak, abu, protein, gentian dan karbohidrat
bagi kedua-dua rumpai laut merah adalah masing-masing dalam lingkungan 6.9% - 7.3%, 0.5% - 2.6%, 29.4% - 30.9%,
2.5% - 5.7%, 5.3% - 5.5% dan 50.1% - 53.3%. Sebanyak 16 jenis asid amino telah dikenal pasti di mana kandungan
asid amino perlu bagi K. alvarezii dan K. striatum masing-masing adalah sebanyak 41.11% dan 36.15%. Sebanyak 34
komponen asid lemak telah dikenal pasti di mana kandungan asid lemak tepu (SFA) adalah paling tinggi (42.7% - 72.8%)
diikuti dengan asid lemak mono tidak tepu (MUFA) (13.8% - 36.2%) dan kandungan asid lemak poli tidak tepu (PUFA)
adalah paling rendah (13.5% - 21.2%). Secara kesimpulannya, kajian ini mencadangkan bahawa K. alvarezii dan K.
striatum berpotensi digunakan sebagai bahan mentah atau ramuan makanan untuk meningkatkan nilai pemakanan
dalam diet manusia.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|