View Article |
Pencapaian auditori kanak-kanak pengguna implan koklea di bawah program implan koklea kebangsaan
Juliana Samsudin1, Cila Umat2, Quar, Tian Kar3, Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari4.
Implan koklea merupakan pilihan intervensi utama untuk mereka yang bermasalah pendengaran sensorineural pada tahap
yang teruk dan sangat teruk. Kajian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian auditori dalam kalangan kanak-kanak
bermasalah pendengaran pralingual yang telah memakai alat implan koklea menggunakan pengukuran terus persepsi
terhadap pertuturan (objektif) dan soal selidik ibu bapa (subjektif) serta mengenal pasti faktor demografi yang signifikan
menyumbang kepada pencapaian mereka. Seramai 48 orang kanak-kanak daripada Program Implan Koklea di bawah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berumur pendengaran antara 12 hingga 89 bulan (min = 42.60 ± 19.46
bulan) terlibat dalam kajian ini. Ujian persepi pertuturan dijalankan menggunakan ujian-ujian yang dipilih daripada
Evaluation of Auditory Response to Speech (EARS) versi Bahasa Melayu manakala penilaian ibu bapa terhadap pencapaian
kanak-kanak dikumpulkan melalui soal selidik Parents’ Evaluation of Aural/Oral Performance of Children (PEACH) versi
Bahasa Melayu. Stimulus pertuturan terakam dipersembahkan kepada kanak-kanak dalam medan bebas pada kekuatan
bunyi 65 dB SPL dalam bilik terawat bunyi. Keputusan ujian persepsi pertuturan kemudian dikategorikan menggunakan
Indeks Kategori Pencapaian Auditori versi Bahasa Melayu (My-CAPI) yang mempunyai 10 kategori bermula daripada ‘0’
hingga ‘9’. Keputusan menunjukkan kebanyakan subjek (N = 20, 41.7%) berada pada kategori ‘2’ dalam tahap My-CAPI
(persepsi pertuturan set tertutup yang terhad), manakala tiga orang subjek mencapai kategori maksimum ‘9’ (persepsi
pertuturan set terbuka yang tinggi dalam situasi bising). Mod komunikasi adalah satu-satunya faktor demografi yang
signifikan berkorelasi dengan My-CAPI dan skor PEACH (p < 0.01). Koefisyen korelasi Pearson menunjukkan perhubungan
yang kuat di antara skor PEACH dan My-CAPI (p < 0.01; r = 0.71) mencadangkan soal selidik PEACH boleh memberikan
indikasi prestasi auditori jika ujian pertuturan tidak dapat dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan majoriti kanak-kanak
implan koklea yang diuji belum mencapai prestasi auditori yang memberangsangkan dan penggunaan komunikasi lisan
merupakan faktor utama yang dikaitkan dengan pencapaian auditori yang lebih baik.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|