View Article |
Pengambilan makanan dalam kalangan warga emas yang mengalamiketakjaminan makanan di penempatan pertanian di Lubuk Merbau, Kedah
Rohida Saleh Hudin1, Suzana Shahar2, Norhayati Ibrahim3, Hanis Mastura Yahaya4.
Ketakjaminan makanan dikaitkan dengan pengambilan nutrien yang tidak mencukupi dalam kalangan warga emas.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan pengambilan makanan dalam kalangan warga emas yang mengalami
ketakjaminan makanan di kawasan penempatan pertanian iaitu di FELDA Lubuk Merbau, Kedah. Seramai 70 orang warga
emas telah dipilih secara subsampel dari kajian sebenar (n = 289: purata umur 69.2 ± 7.4 tahun) untuk mengisi maklumat
bekalan makanan selama seminggu. Kajian ini dijalankan melalui lawatan dari rumah ke rumah, dengan responden ditemu
ramah untuk mendapatkan maklumat sosiodemografi dan ketakjaminan makanan. Pengambilan makanan direkodkan
mengunakan soal selidik bekalan makanan untuk seminggu. Ketakjaminan makanan dinilai menggunakan soal selidik
ketakjaminan makanan untuk warga emas. Hasil kajian mendapati seramai 19.7% responden mengalami ketakjaminan
makanan. Pengambilan tenaga didapati lebih tinggi dalam kalangan responden wanita dengan ketakjaminan makanan
(2329.0 ± 814 kcal/hari) berbanding mereka yang tidak mengalami ketakjaminan makanan (1836 ± 447 kcal/hari) (p
< 0.05). Walau bagaimanapun selepas digugurkan responden yang terlebih lapor, pengambilan tenaga antara kedua
kumpulan adalah tidak berbeza secara signifikan (1890 ± 208 kcal/hari dan 1643 ± 233 kcal/hari). Jumlah pengambilan
makanan dari kumpulan makanan lemak, minyak, gula dan garam adalah tinggi dalam kalangan subjek dengan
ketakjaminan makanan (106.6 ± 60.0 g/hari) berbanding dengan mereka yang tidak mengalami ketakjaminan makanan
(80.3 ± 30.1 g/hari)(p < 0.05). Kesimpulannya, satu perlima daripada responden mengalami ketakjaminan makanan
dan dikaitkan dengan pengambilan makanan yang kurang sihat iaitu tinggi lemak, minyak, gula dan garam. Terdapat
keperluan untuk merangka program intervensi bagi meningkatkan kualiti diet warga emas yang berisiko mengalami
ketakjaminan makanan
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|