View Article |
Latihan penggunaan alat bantu penglihatan terhad dalam kalangan murid ketidakupayaan penglihatan oleh guru pendidikan khas
Nursyuhada Jamaludin1, Zainora Mohammed2, Norliza Mohamad Fadzi3.
Alat bantu penglihatan terhad yang dipreskripsi kepada murid ketidakupayaan penglihatan dapat membantu mereka
dalam pembelajaran. Salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan penggunaan alat bantu penglihatan adalah
kemahiran penggunaannya. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan kelajuan membaca murid ketidakupayaan
penglihatan sebelum dan selepas menerima latihan penggunaan alat bantu penglihatan oleh guru pendidikan khas.
Seramai 22 orang guru pendidikan khas diberi latihan penggunaan alat bantu penglihatan melalui beberapa siri bengkel.
Seramai 22 orang murid ketidakupayaan penglihatan dipilih dan digandingkan dengan guru untuk latihan penggunaan
alat bantu penglihatan di dalam kelas (latihan di dalam kelas). Alat bantu penglihatan yang bersesuaian untuk murid
ketidakupayaan penglihatan dipreskripsi oleh penyelidik sebelum latihan dijalankan. Jumlah latihan di dalam kelas
adalah selama 5 jam iaitu 1 jam seminggu. Latihan di dalam kelas adalah berpandukan modul yang telah dibangunkan
pada awal kajian dan guru menggunakan senarai semak untuk memantau murid. Kelajuan membaca murid dalam
perkataaan per minit (ppm) diukur menggunakan carta dekat UKM sebelum dan selepas tamat latihan di dalam kelas.
Semua guru berjaya menamatkan sesi latihan di dalam kelas. Hasil daripada ujian pengulangan sehala ANOVA (One-way
repeated measured) mendapati kelajuan membaca murid meningkat dengan signifikan dalam tempoh 5 jam latihan di
dalam kelas, F (1.6,34.4) = 35.53, p < 0.001, partial Å‹² = 0.63. Kelajuan membaca murid ketidakupayaan penglihatan
meningkat selepas tamat latihan di dalam kelas. Ini bermaksud latihan penggunaan alat bantu penglihatan oleh guru
pendidikan khas secara sistematik membantu murid menggunakan alat tersebut dengan lebih berkesan dan seterusnya
meningkatkan kelajuan membaca mereka.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|