View Article |
Kejituan persediaan rawatan antara-pecahan dengan peranti cegah gerak yang berbeza untuk VMAT bagi pesakit kanser oral
Norfadilah Mat Nor1, Rozilawati Ahmad2, Norfadilah Mat Nor3, Heng, Siew Ping4.
Kejituan persediaan rawatan dengan teknik yang kesamabentukannya tinggi seperti terapi isi padu arka termodulat
(VMAT) berupaya mengurangkan dedahan dos sinaran yang berlebihan di bahagian mukosa oral. Oleh itu, satu kajian
telah dijalankan untuk meningkatkan kejituan persediaan rawatan antara-pecahan rawatan dengan mengenal pasti
penggunaan peranti cegah gerak yang sesuai. Seramai dua belas pesakit kanser mulut terlibat dalam kajian ini. Mereka
dikategorikan kepada tiga kumpulan yang menggunakan peranti cegah gerak yang berbeza; HFW: headFIX® mouthpiece
dibentuk dengan lilin, SYR: 10 cc / ml picagari dan TDW: lilin dibentuk pada kayu penekan lidah. Sebelum rawatan
diberikan, pesakit menjalani radioterapi berpandukan imej (IGRT) bagi pengukuran ralat persediaan rawatan posisi.
Sejumlah 292 set imej tomografi berkomputer bim-kon (CBCT) diperolehi. Perbezaan pada translasi (lateral, longitudinal,
vertikal) dan rotasi (pic, guling, rewang) dalam setiap imej CBCT ditentukan. Ralat posisi pesakit dianalisis untuk aliran
masa sepanjang radioterapi. Pengiraan ralat sistematik (Σ) dan rawak (σ) dilakukan dan margin CTV-PTV ditentukan.
Min ± SD bagi ralat persediaan rawatan mutlak untuk HFW adalah paling rendah (p < 0.001) untuk semua ralat translasi
dan arah rewang. Ralat vektor 3D adalah 1.93 ± 0.66, 3.84 ± 1.34 dan 2.79 ± 1.17 mm bagi HFW, SYR dan TDW. Terdapat
peningkatan ralat vektor 3D selari dengan aliran masa antara-pecahan rawatan bagi semua peranti. Margin CTV-PTV
bagi arah R-L, S-I dan A-P yang dikira adalah 3.08, 2.22 dan 0.81 mm, 3.76, 6.24 dan 5.06 mm dan 3.06, 3.45 dan 4.84
mm masing-masing. HFW menunjukkan ralat paling kecil dalam hampir semua perbandingan. Ini membuktikan HFW
mempunyai kejituan dan kebolehulangan yang tinggi berbanding peranti yang lain dalam mengekalkan kedudukan
pesakit. Semua margin bagi setiap peranti tidak melebihi protokol hospital (5 mm) kecuali SYR pada arah S-I dan A-P.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, seperti penyinaran semula atau organ berisiko tingg
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Hospital Pantai Kuala Lumpur, Malaysia
- Sunway Medical Centre, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|