View Article |
Kepercayaan terhadap amalan pemakanan dalam kalangan penjaga kanak-kanak leukemia dan kumpulan profesional kesihatan di Hospital Kuala Lumpur – kajian kualitatif
Siti Asilah Yusof1, Roslee Rajikan2, Zahara Abdul Manaf3, Poh, Bee Koon4.
Kepercayaan terhadap amalan pemakanan oleh ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam pengambilan
pemakanan kanak-kanak leukemia. Namun kajian tempatan yang mengkaji amalan dan kepercayaan pemakanan dalam
kalangan penjaga pesakit leukemia sangat terhad. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepercayaan terhadap amalan
pemakanan dalam kalangan penjaga kanak-kanak yang menghidap leukemia ahli profesional kesihatan di Institut Pediatrik
Hospital Kuala Lumpur (IPHKL), Malaysia. Kajian secara kualitatif ini dijalankan bagi menilai kepercayaan dan amalan
terhadap sesuatu makanan dalam kalangan penjaga pesakit leukemia kanak-kanak. Seramai 30 orang subjek yang terdiri
daripada 10 orang ahli profesional kesihatan dan 20 orang penjaga pesakit telah ditemu bual menggunakan kaedah
temu duga semi-struktur. Temu duga ini ditranskripkan dan dianalisa menggunakan perisian kualitatif ATLAS.ti. versi
7.5.6 yang seterusnya membentuk beberapa tema. Lima tema yang telah ditemui dalam kajian ini iaitu: (1) kepercayaan
terhadap makanan yang mampu menyembuhkan kanser, (2) kepercayaan mengenai pengambilan susu dan daging, (3)
kepercayaan makanan yang mengandungi pestisid,(4) kepercayaan terhadap makanan yang menyebabkan kegatalan,
dan (5) sumber maklumat pemakanan dan pengetahuan pemakanan dalam kalangan penjaga. Kajian ini menunjukkan
wujudnya kepercayaan terhadap amalan pemakanan tertentu dalam kalangan penjaga pesakit dan kumpulan profesional
kesihatan. Maklumat daripada hasil kajian ini boleh memberikan perspektif mengenai kepercayaan terhadap amalan
pemakanan tertentu dalam kalangan penjaga kanak-kanak leukemia dan kumpulan profesional kesihatan. Perkara ini
penting kepada ahli profesional kesihatan terutamanya semasa merancang strategi untuk memberi pendidikan pemakanan
kepada penjaga untuk memperbaiki status pemakanan pesakit.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|