View Article |
Soal selidik kendalian kendiri indeks fungsi visual ((VF14) dan korelasinya dengan akuiti visual koreksi terbaik pada warga emas
Siti Zawiyah Mansor1, Saadah Mohamed Akhir2, Zainora Mohammed3, Bariah Mohd Ali4, Norhani Mohidin5.
Kajian ini dilakukan untuk menentukan skor kendalian kendiri indeks fungsi visual (VF14) dan korelasinya dengan akuiti
visual koreksi terbaik pada warga emas. Subjek kajian ialah warga emas berumur 60 tahun ke atas yang mengambil
bahagian dalam kajian yang sedang dijalankan iaitu“Model Perlindungan Neuro Bagi Penuaan Sihat Di Kalangan
Warga Emas (TUA). Akuiti visual diukur dengan menggunakan carta logMAR. Penilaian soal selidik kendalian kendiri
diukur menggunakan Indeks Fungsi Visual (VF14) berbahasa Melayu yang telah diubah suai. Seramai 482 (93.05%)
daripada 518 subjek kajian telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Purata umur subjek kajian ialah 69.18 ± 5.67
tahun dan purata akuiti visual koreksi terbaik ialah logMAR 0.21 ± 0.17. Purata skor VF14 ialah 89.65 ± 13.19. Perempuan
mempunyai purata skor VF14 yang lebih rendah jika dibandingkan dengan lelaki (skorperempuan89.21 ± 12.76, skorlelaki90.11
± 13.65) tetapi tidak ada perbezaan secara statistik (z= -1.09, p= 0.277). Terdapat korelasi yang sederhana tetapi
signifikan antara skor VF14 dan akuiti visual koreksi terbaik (r = -0.412, p < 0.01). Kesimpulannya, akuiti visual koreksi
terbaik sahaja tidak boleh digunakan sebagai indikator untuk menjelaskan perubahan skor VF14. Kajian ini menunjukkan
ia hanya menyumbang kepada 17.2% kepada perubahan skor VF14. Gabungan banyak faktor lain seperti faktor sosio
demografik (bangsa, status pendidikan dan masalah kesihatan), sensitiviti kontras dan stereopsis perlu diambil kira
apabila menilai fungsi visual yang diukur dengan VF14
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|