View Article |
Mengapa guru pelatih bimbang untuk bertutur dalam kelas bahasa arab?
Abdullah Hamzah1, Nik Farhan Mustapha2, Che Radiah Mezah Pauz3, Wan Muhammad Wan Sulong4.
Kebimbangan merupakan salah satu faktor yang amat mempengaruhi kemampuan pelajar semasa mempelajari bahasa asing, malah kemahiran bertutur
dibuktikan oleh kajian lepas sebagai kemahiran yang paling banyak dipengaruhi oleh faktor ini. Dalam konteks kajian bahasa Arab, banyak dapatan yang
menunjukkan kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca kebimbangan dalam bertutur
yang dialami oleh guru pelatih bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam ketika mempelajari kemahiran bertutur. Seramai 11 orang
pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) yang sedang mengikuti kelas (BAMB3013) dipilih sebagai responden kajian. Kajian yang
menggunakan pendekatan kualitatif ini memperoleh data melalui 66 buah catatan diari pelajar, yang kemudiannya dianalisis berdasarkan Teori
Kebimbangan Kelas Bahasa. Dapatan kajian mendapati kebimbangan untuk bertutur melibatkan keresahan komunikasi, takut penilaian negatif, serta
kebimbangan ujian. Kebimbangan ini berlaku berpunca dari dalam diri guru pelatih, bentuk aktiviti bertutur yang dijalankan serta tingkah laku yang
ditunjukkan oleh rakan-rakan dan juga pensyarah.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 209 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|