View Article |
Strategi komunikasi lisan bahasa Jepun pelajar melayu di sebuah universiti awam
Muhammad Alif Redzuan Abdullah1, Sanimah Hussin2.
Kajian ini memberi fokus kepada aktiviti interaksi berpasangan oleh pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun sebagai bahasa asing di Universiti Putra
Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan strategi komunikasi dalam membantu pelajar Melayu menyampaikan mesej dalam
komunikasi lisan bahasa Jepun dengan lebih baik. Responden kajian terdiri daripada 10 orang pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun tahap asas.
Instrumen kajian terdiri daripada dua tugasan lisan yang melibatkan interaksi berpasangan selama 10 minit yang dirakam secara video dan audio. Temu bual
dijalankan untuk mendapatkan data sokongan untuk pemerhatian dan transkripsi. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan Taksonomi Strategi
Komunikasi yang telah diubahsuai daripada Bialystok (1983), Faerch & Kasper (1983), Tarone (1983) dan Varadi (1983). Pengkaji membuat kesimpulan
bahawa responden kajian yang kurang fasih berbahasa Jepun dan memiliki pengetahuan linguistik bahasa Jepun terhad didapati lebih kerap menggunakan
strategi-strategi komunikasi berbanding dengan responden kajian yang fasih berbahasa Jepun. Pemilihan strategi komunikasi yang tepat akan memberi
keyakinan dan meningkatkan penguasaan pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam bahasa Jepun.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 209 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|