View Article |
Faktor pendorong penukaran kod dalam kalangan pelajar mobiliti berbahasa Perancis di Malaysia
Nuradibah Asbullah1, Hazlina Abdul Halim2, Nor Shahila Mansor3.
Fenomena penukaran kod di Malaysia bukanlah sesuatu perkara yang asing sehingga menjadi kebiasaan masyarakat dan komuniti dan menjadikan hampir
seluruh penutur di Malaysia menukar kod dari satu bahasa kepada satu bahasa yang lain dengan mudah. Kajian ini meninjau sama ada penukaran kod juga
ialah fenomena yang sama untuk masyarakat Perancis. Oleh yang demikiann, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor pendorong kepada penukaran
kod dalam kalangan pelajar mobiliti berbahasa Perancis di Malaysia dengan berlandaskan teori penukaran kod oleh Gumperz (1982). Seramai 5 orang
pelajar berbangsa Perancis yang berusia di antara 21-24 tahun telah dijadikan sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini mengambil masa selama 12
minggu, dan instrumen yang digunakan ialah rakaman audio perbualan seharian responden. Perbualan responden ini telah dirakam, ditranskripsi dan
dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan faktor yang mendorong penukaran kod adalah kurang sumber rujukan, untuk memudahkan pemahaman, perbuatan
yang dilakukan secara spontan, persamaan ejaan bahasa Inggeris dan bahasa Perancis serta dorongan penutur lain.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 178 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|