View Article |
Pengaruh gender terhadap gaya kesantunan dalam komunikasi Rasulullah SAW
Wan Muhammad Wan Sulong1, Shamsul Jamili Yeob2, Ab Halim Mohamad3, Adi Yasran Abdul Aziz4.
Gaya kesantunan ialah strategi berbahasa yang melibatkan aspek kebahasaan supaya ciri-ciri akhlak, adab, kesopanan dan adat yang dijunjung dalam
masyarakat dapat dipatuhi bersama oleh setiap anggota masyarakat. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor gender yang mempengaruhi penggunaan
unsur kesantunan bahasa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui analisis teks wacana nabawi terpilih. Data kajian ini ialah teks perbualan
yang melibatkan baginda SAW dengan anggota masyarakat ketika itu. Analisis teks dilakukan dengan menggunakan pendekatan Model Grid SPEAKING
yang diperkenalkan oleh Dell Hymes (1986) yang memberi fokus kepada analisis konteks sosial dan budaya yang luas. Hasil analisis merungkai unsur tabu
yang terdapat dalam peristiwa percakapan tersebut dan faktor gender yang mempengaruhi gaya kesantunan berbahasa Rasulullah SAW. Dapatan kajian
menjadi panduan yang signifikan kepada masyarakat Islam masa kini dalam membudayakan nilai-nilai kesantunan dan kesopanan dalam berbahasa.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 202 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|