View Article |
Kepelbagaian penggunaan lafaz tanah dalam al-Quran tentang penciptaan manusia
Nurul Husna Abdullah1, Mohd Sukki Othman2.
Tanah merupakan komponen yang banyak memperihalkan tentang ciptaan manusia. Terdapat 18 ayat yang mengandungi lafaz tanah yang menceritakan
penciptaan manusia daripada tanah dengan menggunakan lafaz berbeza. Bertitik tolak daripada persoalan ini, kajian dijalankan untuk mengenal pasti lafaẓ
yang membawa maksud tanah tentang penciptaan manusia. Kajian ini menggunakan analisis semantik al-Quran menurut perspektif Toshihiko Izutsu dan
panduan I’jāz al-Quran daripada Dr. Ṣalāḥ ‘Abd al-Fattāḥ al-Khālidī dan Dr. Zaghlul al-Najjar. Melalui pendekatan Toshihiko Izutsu, pengkaji mencari
makna dasar dan makna kaitan. Seterusnya hikmah penggunaan lafaz tanah dari sudut I’jāz daripada Dr. Ṣalāḥ dan Dr. Zaghlul diterokai . Hasil analisis
menemui lima lafaz tanah yang menceritakan asal usul penciptaan manusia iaitu; al-arḍ, al-turāb, ḥamā‟, ṣalṣāl dan al-ṭīn. Hasil analisis dapat disimpulkan
bahawa lafaz al-arḍ; digunakan untuk menunjukkan kekuasaan Allah dalam mencipta manusia. Lafaz turāb, iaitu makna hakiki merujuk kepada penciptaan
Nabi Adam A.S manakala makna majazi merujuk pembentukan air mani untuk penciptaan manusia. Lafaz ṭīn, menceritakan tiga situasi iaitu; Pertama,
menunjukkan jenis tanah dan peringkat dalam penciptaan. Kedua, sifat tanah liat untuk menguji keimanan kepada Allah. Ketiga, perbandingan antara dua
kelompok untuk melihat keyakinan terhadap ketetapan Allah. Lafaz ṣalṣāl dan ḥamā‟ menerangkan peringkat dalam penciptaan manusia. Kesimpulannya,
setiap lafaz tanah memainkan peranan yang penting dalam konteks ayat yang digunakan.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 186 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|