View Article |
Penggunaan kata pinjaman arab dalam puisi melayu
Mohd Hazri Zakaria1, Che Radiah Mezah2, Muhd Zulkifli Ismail3.
Puisi Melayu, sebagaimana bahasa Melayu itu sendiri, kaya dengan perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Penggunaannya agak meluas antara perkataan
yang sering digunakan dan yang jarang-jarang ditemui. Dalam puisi Melayu, penggunaan kata pinjaman Arab dalam sesetengah keadaan dilihat boleh
menimbulkan kekeliruan sekiranya tidak menepati maksud asal penggunaannya dalam bahasa asal. Kajian ini merupakan suatu usaha untuk mengenal pasti
dan menganalisis aspek penggunaan kata pinjaman Arab dalam kumpulan puisi Melayu moden. Kumpulan puisi tersebut adalah antologi puisi Sumur
Mahmudah karya Ony Latifah Osman (2006). Data kajian diperoleh berdasarkan pemilihan kata pinjaman Arab yang menyampaikan maksud tertentu dalam
sesebuah puisi. Dapatan kajian ini merumuskan terdapat dua kategori penggunaan bahasa pinjaman Arab dalam teks puisi yang dikaji, iaitu; kategori
penggunaan yang menepati makna asal dalam bahasa Arab dan ketegori penggunaan yang tersasar dari maksud asalnya.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 230 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|