View Article |
Kesan ketamadunan Islam Andalusia dalam novel melayu pilihan mutakhir
Kamariah Kamarudin1, Nor Shahila Mansor2, Muhd Zulkifli Ismail3.
Perkembangan ketamadunan Islam menyerlah sejak berabad lamanya dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Hal ini terungkap dalam sejarah dunia
secara umumnya, selain menerusi sejarah Islam khususnya yang merakamkan hubungan ketamadunan Islam dengan pertumbuhan kehidupan manusia dan
pembangunan masyarakat. Begitu juga halnya dengan perkembangan persuratan Melayu tanahair yang memperlihatkan kesan ketamadunan Islam dalam
karya sastera yang menyaksikan kelahiran pengarang-pengarang baharu yang menggalurkan nilai ketamadunan Islam yang berlatarkan bumi Andalusia
dalam karya masing-masing. Justeru, makalah ini merungkai tentang kesan ketamadunan Islam dalam dua novel Melayu pilihan mutakhir, iaitu novel
Lentera Cinta Albaicin (Mazny M.R., Galeri Ilmu Sdn. Bhd, 2011) dan Nuansa Kota Merah (Khayrn Othman, Karangkraf, 2011) sebagai kajian. Keduaduanya
berlatarkan bumi Andalusia yang memperlihatkan ketamadunan Islam dikemukakan dalam novel terbabit. Pendekatan kajian adalah menggunakan
kaedah análisis teks dan pendekatan tematik. Kajian ini akan memperlihatkan nilai ketamadunan daripada tiga sudut, iaitu agama, budaya dan sosial yang
akhirnya menyerlahkan sejarah Islam. Berdasarkan kajian jelas menunjukkan bahawa ketamadunan Islam yang berlatarkan bumi Andalusia dimanfaatkan
pengarang dalam berkarya sebagai perutusan yang bermanfaat untuk khalayak pembaca.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 217 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|