View Article |
Re-Defining Property And Property Rights In Islamic Law of Contract
.
Mahall al-'aqd (subject matter) merupakan salah satu perkara penting bagi sesuatu kontrak dalam Islam. Para fuqaha' telah meletak pelbagai syarat bagi mengelak wujudnya gharar dan jahalah. Di antara syarat
tersebut ialah; ia dapat dipastikan, bersifat harta dan bernilai. Walaubagaimanapun, isu yang sering dibangkitkan oleh pengamal perbankan dan kewangan Islam ialah; apakah sebenarnya yang membentuk subjek matter yang sah dalam sesuatu kontrak terutamanya apabila aset tersebut tidak dianggap sebagai harta (amwal) secara konvensionalnya. Aset-aset tersebut termasuklah harta intelek, hak
penerimaan, hak konsesi dan lesen, hak future properties dan lain-lain. Isu utama di sini ialah adakah aset-aset tersebut boleh dijual beli? Oleh kerana kebanyakan instrumen kewangan dalam perbankan dan kewangan Islam berasaskan jual beli atau kontrak pertukaran (mu'iiwaqah), jadi isu ini perlu diselesaikan. Pada masa sekarang, terdapat dua aliran pemikiran berkaitan dengan isu di atas; satu aliran menerima sebahagian aset tersebut sebagai subjek matter yang sah bagi kontrak pertukaran berasaskan bahawa ianya adalah hak kehartaan (lJaqq mall/property right). Manakala aliran kedua tidak menerima dan mengiktirafnya. Justeru, artikel ini cuba menganalisa kedua-dua aliran pemikiran dan hujah mereka yang akan dilihat dari penulisan Jiqh klasik dan kontemporari. Perbincangan ini diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas dan mendalam mengenai isu yang dibincangkan.
Fulltext is not available. Please contact the Editor Manager to get the fulltext
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|