View Article |
Islamic house financing: the viability of Istisna' compared to Bay' Bithaman Ajil (BBA)
.
Rata-rata di Malaysia sekarang, cara pembiayaan pinjaman perumahan yang berlandaskan perbankan Islam adalah dengan menggunakan konsep Bai' Bithaman Ajil (BBA). Konsep syariah ini tersohor untuk pembiayaan perumahan yang masih dalam pembinaan. Namun demikian, disebabkan terlalu banyak isu projek perumahan terbengkalai, baruubaru ini kerajaan mencadangkan konsep "bina dan jual", iaitu rumah yang hendak dijual oleh pemaju kepada orang ramai hendaklah rumah yang telah siap dan mempunyai sijil layak diduduki. Cadangan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan awam agar tidak lagi menjadi mangsa kepada pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab, di mana pembeli rumah terpaksa membayar pinjaman harga rumah kepada pihak bank walaupun rumah yang dibeli tidak siap dan tidak dapat didiami. Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan untuk mengkaji sama ada cara pembiayaan perumahan berkonsepkan BBA sesuai dengan keadaan sekarang (iaitu pembiayaan rumah dalam pembinaan) atau mungkin lebih sesuai untuk rumah yang berkonsepkan "bina dan jual", yang sekaligus mampu menjaga kepentingan pembeli rumah dan menepati hukum-hukum syarak yang berkaitan dengannya.
Download this article (This article has been downloaded 507 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|