View Article |
Corporate social responsibility disclosure: a Tawhidic approach
.
Sejak akhir-akhir ini, isu mengenai pendedahan tanggungjawab sosial korporat (CSRD) semakin mendapat perhatian di kalangan komuniti perniagaan. Para pemimpin korporat menegaskan bahawa sesebuah perniagaan dianggap sebagai efisien, memperolehi keuntungan dan mempunyai tanggungjawab sosial sekiranya memberikan sumbangan penuh kepada masyarakat. CSRD merupakan satu komitmen berterusan oleh organisasi perniagaan untuk bertindak secara beretika dan menyumbang kepada tanggungjawab sosial. Islam, sebagai satu cara hidup lengkap melihat CSRD sebagai satu dimensi penting yang perlu dititikberatkan oleh organisasi perniagaan Islam. Tujuan utama artikel ini ialah untuk mengklasifikasikan semua item maklumat dalam pendedahan tanggungjawab sosial korporat Islam (ICSRD) yang telah dibincangkan oleh kajian-kajian lepas berdasarkan kepada tiga hubungan Tawhid. Hubungan yang dimaksudkan ialah hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan persekitaran. Klasifikasi tersebut penting kerana Tauhid adalah asas penentu keimanan seseorang Muslim.
Download this article (This article has been downloaded 481 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|