View Article |
Maintenance rights for Muslim wives in India: legal response
.
Hak untuk mendapatkan nafkah bagi isteri dan isteri yang diceraikan telah dijelaskan secara terperinci di dalam perbincangan Fiqh. Bagaimanapun prinsip Perundangan Islam tentang pernafkahan ini telah menimbulkan beberapa masalah perundangan apabila ia cuba dilaksanakan di India. Keputusan Mahkamah Agong dalam kes Shah Bano telah mencetuskan kontroversi dalam perkembangan Undang-undang Islam di India. Keputusan ini menggambarkan bahawa Undang-undang Islam dalam hal nafkah telah diketepikan apabila Shah Bano berhak mendapatkan nafkah dari bekas suaminya seumur hidupnya atau sehingga dia berkahwin lagi. Keputusan ini dicapai kerana Undang-undang Islam dikatakan sebagai gagal untuk memberi perlindungan kepada wanita yang telah diceraikan. Oleh itu artikel ini akan membincangkan isu pembaharuan, pemakaian dan pelaksanaan undang-undang berkaitan dengan nafkah bagi wanita Islam di India.
Download this article (This article has been downloaded 516 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|