View Article |
Values & ethics towards quality public delivery system of Malaysia: an Islamic perspective
.
Nilai dan etika adalah dua istilah yang sering digunakan sama ada dalam sektor awam, swasta mahupun korporat. Ia digunakan dalam perbualan harian tanpa mengira sama ada dari golongan atasan mahupun bawahan, berjawatan tinggi mahupun rendah. Namun, pemakaiannya kadang-kala tanpa kefahaman yang menyeluruh. Bahkan dari sudut konsepnya juga terdapat pelbagai berbahasan khususnya antara nilai dan etika dari perspektif moden dan Islam. Menjelaskan istilah ini dari sudut konsep moden dan Islam adalah sesuatu yang menjadi asas perbincangan dalam penulisan ini. Pendedahan khususnya oleh pihak media tentang pelbagai bentuk keruntuhan nilai dan etika khasnya di kalangan penjawat awam seperti pecah amanah, penipuan, ketidakcekapan, kelewatan dalam sesuatu proses perkhidmatan, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya telah menjadi penghalang kepada keberkesanan sistem penyampaian awam di Malaysia. Oleh itu, penulisan ini bukan sekadar mengupas perihal konsep nilai dan etika dari perspektif moden dan Islam, tetapi juga mengupas konsep tersebut dari sudut amalannya di Malaysia. Penekanan utama dari aspek amalan tersebut ditumpukan kepada dua aspek iaitu kepada pembaharuan perkhidmatan awam yang meliputi aspek dasar, peraturan, pendekatan Islam Hadhari serta pelan Integriti Nasional yang menjurus kepada aspek nilai dan etika tersebut yang diistilahkan sebagai 'civil service reform' dan 'organizational policy'. Amalan-amalan pentadbiran ini, dilihat sebagai
mekanisme ke arah mewujudkan sistem penyampaian awam berkualiti di negara ini.
Download this article (This article has been downloaded 543 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|