View Article |
Pembinaan kriteria filem patuh Syariah di Malaysia
Hajar Opira1, Mohammed Yusof2, Luqman Abdullahb3, Norrodzoh Binti Hj Siren4, Yusmini Md Yusoff5, Wan Yusnee Abdullah6.
Filem sebagai naskhah seni memberi impak yang besar kepada masyarakat. Namun, filem tempatan masih kurang memberi nilai positif terhadap pembinaan karekteristik disebabkan majoriti pengarah dan penerbit filem ghairah menghasilkan filem mengikut rentak pasaran dan berorientasikan keuntungan. Tidak dinafikan terdapat filem berunsur dakwah tetapi masih terdapat elemen yang tidak mematuhi piawaian syarak walaupun wujud garis panduan hiburan. Justeru, kajian ini sangat signifikan untuk membina mekanisme yang boleh dijadikan panduan kepada pemain industri filem. Metode kajian menggunakan reka bentuk kualitatif melalui analisis isi kandungan berdasarkan hukum fiqh, fatwafatwa dan garis panduan berkaitan filem. Ia juga menggunakan metode wawancara dan observasi. Hasil kajian adalah membina kriteria filem patuh syariah yang bersifat holistik dan mampu menjadi garis panduan dalam penghasilan filem yang berkualiti.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- Universiti Selangor, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 301 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|