View Article |
Analisis strategi penyampaian mesej Dakwah Islamiah dalam halaman Facebook
Mohd Nazif Badruddin1, Mohd Baharudin Othman2, Nor Hayati Mohd Jalil3.
Globalisasi media baharu menyumbang transformasi dalam kaedah penyampaian mesej dakwah Islamiah. Para pendakwah mula menggunakan media sosial khususnya Facebook sebagai medium berdakwah disebabkan pelbagai kelebihan medium ini. Kajian terhadap mesej dakwah Islamiah menerusi medium ini didapati kurang dilaksanakan. Elemen ini penting untuk lebih difahami memandangkan matlamat komunikasi dakwah Islamiah adalah untuk menyampaikan mesej. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti strategi penyampaian dakwah Islamiah dalam halaman Facebook. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan analisis tematik. Hasil yang diperoleh mendapati strategi penulisan yang mempunyai pengaruh maklumat merupakan strategi yang kerap diaplikasikan oleh pendakwah. Kajian seterusnya boleh dilaksanakan terhadap kiriman mesej dalam bentuk media lain seperti audio, video dan info grafik. Dapatan kajian dapat berfungsi sebagai rangka rujuk kepada pendakwah dan juga agensi-agensi dakwah dalam mempraktikkan dan menstrategikan pembentukan mesej dakwah menerusi media sosial.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 280 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|