View Article |
Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH): ke arah melahirkan generasi seimbang untuk pembangunan negara
Khatijah Othman1, Zulkiple Abd Ghani2, Maziahtusima Ishak3, Siti Rugayah Tibek4, Noor Azizi Ismail5.
Pembangunan sesebuah negara bergantung kepada banyak faktor, di antaranya adalah pembangunan manusia, industri, dan ekonomi secara lestari. Pembangunan lestari yang dimaksudkan adalah memberi perhatian kepada pemuliharaan dan pemeliharaan kesejahteraan manusia dan ekosistem ekonomi secara seiring dan seimbang. Manakala kelestarian ilmu adalah menjadi teraju utama dalam pembangunan diri manusia. Penyediaan ilmu yang berterusan kepada generasi muda hari ini adalah sangat penting dalam mendidik dan membentuk keperibadian serta keseimbangan generasi muda hari ini. Artikel ini adalah bertujuan untuk membincangkan secara konseptual tentang bagaimana kelestarian ilmu itu berfokus kepada PISH dalam membentuk keseimbangan pada generasi akan datang. Keseimbangan diri manusia adalah keseimbangan hasil jalinan ilmu duniawi dan ukhrawi yang menyumbang kepada pembinaan generasi yang mampan dari segi intelektual, perlakuan, pemikiran, yang mempunyai matlamat yang jelas dalam membangunkan negara. Kajian literatur dijalankan dari data sekunder yang diperolehi dari sumber perpustakaan dan juga laman web berkenaan dengan pembangunan lestari dan hubungkaitnya dengan PISH. Analisis kualitatif adalah berdasarkan dari analisis kandungan literatur berkenaan dengan PISH dan juga kelestarian dalam pembangunan insan dan negara. Penemuan kertas kerja ini diharapkan dapat membawa kepada satu pemahaman bahawa PISH sebenarnya adalah menjadi faktor utama yang membawa nilai keseimbangan dalam diri individu terutamanya dalam mendidik masyarakat secara berterusan dalam gagasan membangunkan negara secara lestari dan mempunyai ekonomi yang berdaya saing di peringkat global.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 279 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|