Pelaksanaan pengurusan risiko dalam gerakan koperasi di Malaysia
Ruzilah Abd Malek1, Ahmad Faizal Shaarani2, Mohd. Shahron Anuar Said3, Azmaliza Arifin4, Intan Nur Azreen Mohamad Radzi5.
Pengurusan risiko bagi sektor awam di Malaysia telah menjadi aspek penting dalam
memastikan sesebuah organisasi mempunyai tadbir urus yang cekap, berkesan dan
telus bagi menjamin pembangunan yang berterusan. Amalan pengurusan risiko yang
berkesan di koperasi dapat mengawal atau mengurangkan tahap kerugian yang
dialami oleh sesebuah koperasi. Sehubungan itu, kajian pengurusan risiko telah
dilaksanakan terhadap 40 koperasi Tier 1 dan Tier 2 di Malaysia. Objektif kajian
ini adalah mengenal pasti profil koperasi Tier1 dan Tier 2 di Malaysia; mengenal
pasti keberkesanan pelaksanaan pengurusan risiko di koperasi, mengenal pasti
kesedaran pihak pengurusan terhadap pelaksanaan pengurusan risiko dikoperasi dan
mengenal pasti hubungan antara kesedaram pihak pengurusan terhadap keberkesanan
pengurusan risiko di koperasi. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan
menggunakan perisian SPSS versi 21 bagi analisis statistik seperti deskriptif, kolerasi
dan regresi. Sebanyak 194 (78%) borang soal selidik diperoleh daripada responden
yang terdiri daripada pengurus besar, pengurus dan eksekutif pengurusan atasan
koperasi yang terlibat dalam mesyuarat pengurusan atasan. Hasil kajian menunjukkan
bahawa pelaksanaan pengurusan risiko adalah lebih baik dalam kalangan koperasi
Tier 1 berbanding Tier 2 kerana koperasi Tier 1 berimpak besar. Maka kesedaran
koperasi Tier 1 adalah lebih tinggi berbanding Tier 2.
Affiliation:
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 179 time(s))