Penglibatan koperasi dalam industri pelancongan di Sabah
Najmah Nawawi1, Shamsiah Syamsudin2, Christina Andin3.
Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai keindahan semulajadi
dan keunikan sosio-budaya yang mampu menarik ramai pelancong berkunjung sama
ada daripada dalam atau luar negara. Ini terbukti dengan jumlah ketibaan pelancong
yang semakin meningkat ke Sabah. Secara tidak langsung, industri ini mewujudkan
pelbagai peluang perniagaan pelancongan hiliran yang boleh diceburi oleh koperasi
seperti penginapan, pengangkutan, restoren, taman, dan kedai cenderamata. Namun
begitu, hanya 12 koperasi (0.98 peratus) sahaja yang bergiat aktif dalam perniagaan
yang melibatkan aktiviti hiliran pelancongan tersebut. Ini jelas memberikan gambaran
bahawa aktiviti hiliran pelancongan tidak popular dalam kalangan koperasi walaupun
industri ini mempunyai potensi perniagaan yang sangat memberangsangkan melalui
peningkatan berterusan jumlah pelancong yang berkunjung ke Sabah. Sehubungan
itu, kajian ini dijalankan untuk memaparkan kejayaan koperasi yang menjalankan
aktiviti hiliran pelancongan. Kajian ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk
menarik minat dan kesedaran kepada koperasi tentang peluang perniagaan yang
luas dalam industri pelancongan di Sabah. Kajian ini dijalankan dengan pendekatan
kajian kes di tiga buah koperasi yang aktif dalam aktiviti hiliran pelancongan di
Sabah. Data diperoleh melalui temu bual secara berkumpulan, temu bual secara
individu dan analisis dokumentasi. Individu yang terlibat terdiri daripada Anggota
Lembaga Koperasi, staf dan anggota koperasi. Hasil kajian menunjukkan koperasikoperasi
tersebut mencatatkan peningkatan pendapatan yang berterusan dan setiap
koperasi ini tidak hanya memberi fokus kepada satu aktiviti sahaja. Hasil kajian ini
memberikan gambaran bahawa industri pelancongan mempunyai potensi besar untuk
dimajukan oleh koperasi di Sabah.
Affiliation:
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 189 time(s))