Pematuhan Garis Panduan SKM: pengurusan koperasi
Siti Maimunah Jerni1, Mohd Zaib Mat Yunus2, Yusnita Othman3, Noor Shafeeza Zainuddin4.
Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan pengwujudan dan pematuhan Garis
Panduan(GP) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi
meningkatkan tadbir urus yang baik dalam koperasi. Penyelidikan ini melibatkan
35 buah koperasi yang dikategorikan sebagai koperasi berimpak sederhana dan
besar yang dikelaskan sebagai koperasi Tier I dan Tier II oleh pihak SKM. Seramai
70 orang responden yang terdiri daripada Lembaga koperasi, pengurus, kakitangan
dan Jawatankuasa Audit Dalaman(JAD). Penyelidik juga telah menetapkan bahawa
kategori ketidakpatuhan kepada GP dinilai apabila didapati koperasi tidak mematuhi
walaupun satu peruntukan dalam GP berkenaan. Daripada analisis yang dibuat
mendapati hanya 13 buah koperasi yang patuh sepenuhnya GP pengurusan koperasi.
Manakala 22 buah koperasi mempunyai pelbagai kesalahan ketidakpatuhan ke atas
GP. Ketidakpatuhan ini kebanyakannya berlaku ke atas GP 14 : berkaitan dengan
Pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi sebanyak 18 ketidakpatuhan, diikuti
oleh GP 4 : Pelantikan dan Fungsi JAD sebanyak sembilan (9) ketidakpatuhan, GP 3 :
Pelantikan dan pelantikan semula ALK sebanyak lima (5) ketidakpatuhan dan GP 26 :
Juruaudit yang diberi kelulusan mengaudit di bawah subseksyen 61 (1) Akta Koperasi
1993 mempunyai satu (1) ketidakpatuhan. Walau bagaimanapun secara keseluruhan
hasil penyelidikan ini mendapati koperasi tidak mempunyai masalah dan mempunyai
komitmen yang tinggi dalam pematuhan GP berkaitan dengan pengurusan koperasi.
Affiliation:
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 182 time(s))