Program transformasi kedai runcit koperasi: analisis pencapaian pengurusan perniagaan
Noranita Mohd Nor1, Norhayati Abdul Rahman2, Nur Faeza Yahya3, Roshidi Hassan4.
Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) diperkenalkan pada tahun 2011 oleh kerajaan
Malaysia untuk mengubah konsep tradisional kedai runcit kepada konsep yang lebih moden.
Analisis perbandingan sebelum dan selepas TUKAR diperlukan untuk melihat pencapaian sebenar
hasil daripada program TUKAR. Justeru, matlamat kajian ini secara khusus bertujuan untuk
mengenal pasti sama ada terdapat peningkatan dari segi pencapaian pengurusan perniagaan
kedai koperasi sebelum dan selepas program TUKAR dilaksanakan. Soal selidik telah diedarkan
menggunakan kaedah pensampelan strata secara rawak dan sebanyak 102 orang (65.8%) Ahli
Lembaga Koperasi dan Pengurus Koperasi yang mewakili kedai Coop Mart di seluruh Malaysia
telah dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan semua
aspek pengurusan perniagaan meningkat dengan ketara terutamanya aspek pengurusan kewangan.
Ini membuktikan program TUKAR berjaya, berdaya maju dan wajar diteruskan.
Affiliation:
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 175 time(s))