Keperluan setiausaha koperasi berlesen dalam koperasi
Aishah Ariffin1, Nasibah Ahmad2, Rohalinda Ahad3, Nor Arma Abu Talib4.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keperluan mewujudkan jawatan Setiausaha
Koperasi Berlesen (SKB) dalam sektor koperasi. Sebanyak 687 buah koperasi telah dipilih mewakili
310 buah koperasi besar dan sederhana serta 377 buah koperasi koperasi kecil dan mikro. Kajian
ini menggunakan kaedah perbincangan Kumpulan Fokus dan soal selidik yang diedarkan melalui
pos. Perbincangan Kumpulan Fokus telah dilakukan terhadap tiga buah koperasi di Melaka
yang telah menggunakan lebih 10 tahun perkhidmatan kesetiausahaan daripada sebuah firma
setiausaha syarikat yang sama iaitu Syarikat UMG Sdn.Bhd. Antara perbezaan yang ditemui
ialah dari sudut caj yang dikenakan adalah mengikut kemampuan koperasi dan kerja-kerja yang
dijalankan bergantung kepada keperluan koperasi.
Dapatan kajian telah menemukan beberapa faktor yang menjadi cabaran utama kepada Setiausaha
Koperasi iaitu kekangan masa menjalankan tugas-tugas Setiausaha Koperasi dengan tugas hakiki
mereka, elaun yang tidak setimpal dengan bebanan kerja dan tugas setiausaha yang terlalu
membebankan. Analisis tabulasi silang telah dilakukan secara berasingan di antara Setiausaha
dan Lembaga daripada koperasi besar dan kecil bagi mendapatkan maklum balas penerimaan
SKB. Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua Lembaga bagi koperasi besar dan kecil bersetuju
SKB diwujudkan dengan sebahagian tugas setiausaha diambil alih oleh SKB. Kajian mendapati
bahawa terdapat perbezaan antara Setiausaha di koperasi besar iaitu mereka tidak bersetuju
SKB diwujudkan manakala Setiausaha di koperasi kecil bersetuju mewujudkan SKB dengan
sebahagian tugas Setiausaha diambil alih oleh SKB.
Affiliation:
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
- Maktab Koperasi Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 164 time(s))