Penyediaan dan pencirian membran nanokomposit poli(akrilamida-koetilmetakrilat) dan potensinya sebagai sensor kimia
Nik Nur Ain Nik Ramli1, Sharina Abu Hanifah2.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membandingkan sifat fizikal poli(akrilamida-ko-etilmetakrilat) P(AAm-ko-EMA) dengan
poli(akrilamida-ko-etilmetakrilat) diperkuat wayar nano perak (AgNW). Kajian ini juga bertujuan untuk menilai sifat elektrokimia
membran dengan pelbagai komposisi wayar nano perak. Kopolimer akrilamida (AAm) dan etilmetakrilat (EMA) disintesis
menggunakan kaedah fotopempolimeran. Sintesis membran P(AAm-ko-EMA) dilakukan selama 10 minit menggunakan cahaya
ultralembayung (UV) dan dengan kehadiran gas nitrogen. Bahan pemula iaitu 2,2-dimetoksi-2-fenilasetofenon (DMPP) digunakan.
Membran yang terhasil dianalisis menggunakan analisis penyerapan air, Spektroskopi Infra Merah Transformasi Fourier (FTIR),
Mikroskop Imbasan Elektron Pancaran Medan (FESEM) dan analisis elektrokimia menggunakan voltammetri berkitar (CV). Hasil
analisis mendapati peratus penyerapan air bagi membran PAAm lebih tinggi berbanding P(AAm-ko-EMA). Analisis spectrum FTIR
dapat mengesan serapan dengan nombor gelombang 3192 cm-1 membuktikan kehadiran N-H dan kewujudan kumpulan C=O pada
1650 cm-1
. Kehadiran kumpulan berfungsi C-O juga berjaya dikesan pada nombor gelombang 1124 cm-1
. Analisis FESEM pula
mendapati P(AAm-ko-EMA) diperkuat wayar nano perak lebih kasar dan kurang berongga berbanding dengan P(AAm-ko-EMA).
Berdasarkan analisis elektrokimia menggunakan CV, puncak pengoksidaan P(AAm-ko-EMA) diperkuat 0.06% wayar nano perak
yang disalut pada elektrod bercetak skrin (SPE) adalah lebih tinggi iaitu 132.91 µA berbanding P(AAm-ko-EMA) diperkuat 0.02%
wayar nano perak dan P(AAm-ko-EMA) diperkuat 0.04% wayar nano perak iaitu masing-masing 1.27 µA dan 2.73 µA.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 147 time(s))