Bahan lignoselulosa pokok akasia (acacia mangium) terpirolisis sebagai media tanaman tanpa tanah untuk penyemaian keratan batang pokok semambu (azadirachta indica)
Muhammad Norazraa Nordin1, Rusli Daik2.
Kajian penghasilan lignoselulosa terpirolisis dari kayu Akasia sebagai media penanaman tanpa tanah dijalankan dengan menggunakan
teknik pirolisis. Komponen lignoselulosa yang utama terdiri dari hemiselulosa, selulosa dan lignin. Kayu Akasia terlebih dahulu diuji
dengan instrumen analisis termogravimetrik (TGA) untuk mengenalpasti suhu dan tempoh penguraian bagi komponen di dalam bahan
lignoselulosa. Bahan linoselulosa kayu akasia kemudiannya melalui proses pirolisis menggunakan relau pada julat suhu 240°C -
380°C untuk tiga tempoh masa yang berbeza iaitu 15 minit, 35 minit dan 40 minit. Penentuan pH dan ujian penyerapan air serta
pencirian menggunakan Spektroskopi Inframerah Transformasi Fourier (FTIR), Mikroskop Imbasan Elektron (SEM) dan BET
dijalankan ke atas setiap sampel. Pemilihan sampel untuk dijadikan sebagai media tanaman telah dibuat berdasarkan keputusan ujian
dan analisis yang telah dijalankan. Penyediaan media penanaman dibahagikan kepada tiga jenis iaitu dengan menggunakan 100%
bahan ligonselulosa terpirolisis, 100% batu kerikil dan juga campuran batu kerikil dan bahan lignoselulosa terpirolisis (50:50). Ujian
semaian menggunakan keratan batang pokok semambu (Azadirachta indica) telah dikaji. Semaian dibuat dalam tiga media yang
berbeza untuk tempoh selama dua minggu
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 170 time(s))