Membran tak simetri poliakrilonitril untuk penyingkiran malakit hijau daripada air sisa
Nurul Fakhriah Ismail1, Loo, Kooi Keat2, Rizafizah Othaman3.
Malakit Hijau (MG) adalah pewarna yang mempunyai kumpulan amino, imino dan boleh bercampur dengan asid tak berwarna, seperti
asid hidroklorik atau asid sulfurik. Pewarna ini umumnya digunakan pewarnaan dan percetakan batik, sutera, kulit dan kertas. Namun,
ianya adalah toksik. Oleh itu, air sisa yang mempunyai MG perlu dirawat sebelum dilepaskan ke saliran. Kajian ini dijalankan adalah
untuk menghasilkan membran tak simetri poliakrilonitril (PAN) untuk menyingkirkan MG dan seterusnya melakukan beberapa
pencirian bagi memilih membran yang terbaik. Membran PAN dihasilkan menggunakan kaedah pisau tebaran dan penyongsangan
fasa iaitu merendamkan membran dalam air suling bagi menghasilkan liang lalu membran dikeringkan. Beberapa pencirian
fizikokimia telah dilakukan iaitu spektroskopi inframerah transformasi Fourier-pantulan penuh (ATR- FTIR), Mikroskopi Imbasan
Elektron Medan Pancaran (FESEM), ujian ketelapan air suling dan ujian kapasiti air. Kajian ini telah berjaya menghasilkan membran
PAN tak simetri yang dapat dibuktikan berdasarkan analisis FESEM ke atas keratan rentas membran. Pencirian FTIR juga
membuktikan bahawa hanya berlaku interaksi fizikal antara membran PAN dan MG kerana kumpulan berfungsi sebelum dan selepas
rawatan dengan MG adalah hampir sama. Berdasarkan ujian ketelapan juga diketahui bahawa membran yang mempunyai kepekatan
yang tinggi menghasilkan liang yang sedikit. Bacaan konduktiviti yang direkod juga membuktikan membran PAN boleh digunakan
untuk merawat air sisa yang mengandungi MG di mana peratusan penyingkiran bagi 10 ppm ialah 27.0 %, 20 ppm sebanyak 18.4 %
dan 50 ppm sebanyak 41.3 %.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 128 time(s))