View Article |
Kesan latihan pliometrik ke atas perubahan fizikal otot atlet lompat jauh
Prabhu Ragawan1, Ruaibah Yazani Tengah2.
Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani 7(1): Received: 20 May 2018, Accepted: 22 June 2018 – Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan program latihan pliometrik terhadap perubahan fizikal otot. Seramai 24 orang atlet lelaki berumur 12 tahun di daerah Cameron Highland terlibat sebagai responden kajian. Mereka dibahagikan kepada kumpulan kawalan (n = 12) dan kumpulan rawatan (n = 12). Program latihan pliometrik dijalankan sebanyak dua (2) kali seminggu selama enam (6) minggu. Ukur lilit otot paha dan ukur lilit otot betis diukur semasa ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis dengan menggunakan ujian ANOVA dua hala untuk mengenal pasti perbezaan antara kumpulan, masa ujian dan interaksi antara kumpulan dan masa ujian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku pembesaran pada diameter ukur lilit paha dan betis pada kedua dua kumpulan dengan kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan diameter yang lebih ketara berbanding kumpulan kawalan. Ujian ANOVA dua hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembesaran diameter otot paha dan betis antara kumpulan dan masa ujian dijalankan. Kesimpulannya latihan pliometrik menunjukkan terdapat perubahan fizikal ukur lilit otot paha dan otot betis dalam kalangan atlet lompat jauh. Implikasinya, latihan pliometrik yang lebih terancang dengan bebanan yang sesuai untuk kategori umur menengah rendah perlu dilaksanakan sebagai langkah penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi yang lebih cemerlang.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 255 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|