View Article |
Kerangka perundangan pentadbiran zakat di negeri Kedah: satu analisis perbandingan
Muhammad Hafiz Badarulzaman1, Alias Azhar2, Che Thalbi Md Ismail3.
Perundangan zakat Kedah telah melalui transformasi dengan wujudnya Enakmen Lembaga
Zakat Negeri Kedah Darul Aman 2015. Enakmen ini telah memansuhkan enakmen terdahulu
iaitu Enakmen Zakat Kedah 1955. Kewujudan enakmen baru ini juga memberikan pelbagai
implikasi perundangan kepada status Lembaga Zakat Kedah yang sebelumnya dikenali
sebagai Jabatan Zakat Kedah. Secara ringkas, perbincangan kertas kerja ini akan
menghuraikan secara ringkas sejarah kerangka perundangan di Negeri Kedah. Seterusnya
kertas kerja ini akan meninjau sorotan karya berkaitan organisasi yang mentadbir dan
menguruskan zakat di Malaysia. Kertas kerja ini bersifat kualitatif dan akan menggunakan
kaedah kajian sejarah (historical approach) yang melihat asas penubuhan sesuatu
organisasi serta penggubalan sesuatu enakmen. Manakala kajian perbandingan
(comparative approach) digunapakai bagi membanding enekmen terdahulu dan terkini di
Kedah. Kesimpulannya, enakmen terkini mempunyai banyak implikasi perundangan
termasuklah bidang kuasa pentadbiran dan pengurusan, kesan entiti berasingan dan aspek
hukuman serta kesalahan. Implikasi ini memberikan ruang positif agar pentadbiran dan
pengurusan zakat lebih tersusun dan menyeluruh di negari Kedah.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 184 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|