View Article |
Nilai transformasi komuniti Mah Meri dalam pelancongan peribumi
Rohayu Roddin1, Yusmarwati Yusof2, Halizah Awang3, Sarebah Warman4.
Masyarakat Orang Asli Mah Meri merupakan kumpulan etnik Orang Asli daripada kumpulan
Senoi. Mereka mempunyai kemahiran dari aspek ukiran berasaskan kayu dan anyaman.
Keunikan hasil mereka telah mendapat permintaan dari pelancong tempatan dan juga luar
negara. Produk ukiran kayu yang dihasilkan oleh mereka adalah seperti ukiran patung, topeng
dan hiasan yang diperbuat daripada spesis kayu Nyireh Batu dan Kayu Pulai. Manakala
produk anyaman seperti bakul, gelang, penanda buku, bujam dan bakul berduri dihasilkan
daripada spesis pandan, daun nipah dan bahan lain. Selain itu, mereka juga mempunyai
kumpulan tarian yang dikenali kumpulan tarian Jo Oh dan sering membuat persembahan
sama ada di Perkampungan Budaya ataupun di majlis-majlis keramaian di luar penempatan
mereka. Komuniti ini telah melalui satu proses transformasi yang membawa kejayaan kepada
komuniti mereka. Melalui peralihan ini telah membawa nilai perubahan positif kepada mereka
dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang menjana potensi dan kejayaan mereka dalam
pelancongan peribumi.
Affiliation:
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 164 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|